Sabtu, 23 Jun 2012

Yes, Boss!

Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan,kita wajib jawab, "yes, boss!"

Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun,tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan:selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos... kena turut. Setiap rentak bos... kena ikut. Semua kena yes, boss!
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.

Ilham...dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pajabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang patut buat. Seronoknya  hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tidak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan menyatakan:"Yes, Boss!"
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Ombak Rindu

Rinduku umpama ombak,
Kasihan bagai pandai yang
setia menanti

Izzah,gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya, Pak Taha. Namun, kehadirannya di dalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang.

      Disebabkan tabiat suka berjudi, Pak Taha sanggup jual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu. Namun sebagai wanita, dia pasrah.

      Di situ,Izzah telah berkenalan dengan Hariz. Atas dasar simpati, Hariz telah membawa Izzah keluar dari neraka jahamam itu. Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah, tetapi dengan syarat. Perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada Datuk Sufiah!

      Tanpa sedari perasaan sayang mula berputik di hati Izzah. Namun, Hariz terpaksa mengahwini Mila Amylia. Bahgiakah rumah tangga yang dibina dengan kehadiran orang ketiga? Sebagai lelaki, apakah pilihan Hariz? Sesungguhnya, cinta sejati datangnya hanya sekali.

Fauziah Ashari

Rabu, 20 Jun 2012

Love You Mr.Arrogant

Aku memang gila sebab suka kau yang berlagak gila!
Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati nak bercinta...

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik."- ZAFREIL IRHAM

Demi sebuah janji,Zaara Amirah rela menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci diri, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhikan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh... tapi..."- ZAARA AMIRAH

Adakah kebahagiaan akan menjeguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaarah Amirah terus menanti...

Aliesha Kirana

Ahad, 10 Jun 2012

Kasih Bersulam Cinta

"Ikatan yang terbina ini
jangan biar terlerai agar
hati kita tidak berkecai..."

"Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku."
Terdiam Anis Razikin seketika. 'Angau'. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. 'Aku angau? Hah...Biar betul'

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, "Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta,baru kau tahu penangannya." Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan....tanpa cinta.

Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti kali mengingati Hakim... dadanya rasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?

Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafikan, tapi hati hati tidak pernah mahu berkompromi. Hah....dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu!

Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah diraasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia...CINTA.

Rozita Abd. Wahab