Ahad, 29 April 2012

Kasih Benar Kasih

"Awak ni comel macam arnab sayalah!" Dr.Dinzley

Mereka tak saling kenal,tapi disuruh berkenal-kenalan.Jika sesuai boleh terus melangkah,jika tidak,tarik saja diri. Lalu,mereka mencuba dengan alasan, 'Dia kosong,aku pun kosong.'

Pertama kali bersua muka,Annura berasa jengkel sedangkan Dinzley bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya,seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Namun,masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa,mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harapan. Saat sedar mereka tidak mungkin berpaling lagi,cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting,mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa,tapi kahwin atas dasar suka sama suka.Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang  mata,muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya,janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Karya Aleya Aneesa

Sabtu, 28 April 2012

Bicara Hati

Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu

   Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan,Tengku Syahran dan Zahlia bertemu.Ketika itu,Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda,seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

   Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia demi mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

   Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat,hak-hak peribadinya tidak diganggu.

   Setelah diijap kabul,Tengku Syahran mula berubah.Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikuti perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tannganya.

   Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta,kasih,sayang dan kerinduan?Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Karya Damya Hanna

Berita Dari Hati

"Dekat menghadirkan kasih,jauh menghanyutkan rindu..."

   Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel.Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta,tetapi kerana rasa kasihan.Lantas,saat dipujuk kekasih lama Hazali,supaya mengikutinya berkhawin di sempadan,Zaqyah tidak berfikir panjang.Malangnya kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api,lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.
   Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan.Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali.
   Di gerbang perkhawinan,dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya.Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit.Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

Karya Nurassyi Rashid

Suara Cinta Kita

Andainya ini harga sebuah bahagia,akan kubayarnya dengan pasrah dan redha.

Persengketaan yang terjadi sejak di bangku sekolah membuatkan Nur Iman Raizana melihat Arill Hasniff sebagai musuh utamanya.Ditakdirkan setelah bekerjaya mereka dipertemukan lagi di tempat kerja yang sama.Di sebalik persengketaan yang tercetus,hati Arill Hasniff sebenarnya mencintai Nur Iman Raizana dan cintanya disambut oleh gadis itu.Namun,akibat hutang ayah tirinya,dalam rela dan paksa Nur Iman Raizana harus mengahwini Murad,lelaki yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.Dugaan demi dugaan dihadapi oleh Nur Iman Raizana hingga kematian ibunya,Puan Raihana membuatkan dia hilang arah dan menderita.Mampukah kasih Arill Hasniff memulihkan Nur Iman Raizana untauk kembali di sisinya seperti dulu?

  "Hello Bro,kalau iya pun ada hajat nak mengespedo-dido,gunalah kaedah yang lembut sikit.Apa kes main sambar-sambar?Ke bersuku-sakat dengan helang.Tak kesian ke tengok awek tu dah marah."-Arill Hasniff

  "Macam mana saya tak marah kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang spesis Sarip Dol Kampung Dusun macam awak.Malaun ala-ala samseng yang memang tak makan saman.Tak pasal-pasal pulak aku yang jadi mangsa si Sarip Dol  ni.Jadi setiausaha pulak tu.Apa yang aku nak setiakan dan apa pulak yang kena aku usahakan...hiss!Menyusahkan betullah...."-Nur Iman Raizana

  "Ya ALLAH...Hei!Apa punya boyfriend yang kau dapat ni Iman ...Ada ke bunga ala-ala naughty boy ni dia hantar dekat kau.Ei!Tak sesuai langsung tau...La mak cik sorang ni.Itu pun tak faham.Ala! Susah betullah mak nak cakap dengan kau ni.Blur memanjang.Hmm...cuba kau lihat betul-betul fizikal bunga ni.Tak macam naughty ke?"-Huzaimin

Karya Erisya Riftha