Isnin, 14 Mei 2012

Alahai Mat Salih!

Tak nampak bukan tiada,
tak terucap bukan tak cinta.

Zafri,kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari,rupa-rupanya sang bunga ada didepan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, Tuhan beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri,mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjang benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucap kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya,Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan,cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun,wajarkah membiarkan suami panasaran dengan dengan isteri sendiri?

Alahai Mat Salih... kerana kau aku hampir gila!

Karya Zan Zarida

Calon Jodoh Untuk Adik

Abang rekomen calon A,
Kak Ina suruh pilih calon B.
Disebabkan dua calon ini,Arissa pening.
Yang mana satu dia patut undi?

'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertenteng mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh kata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee.... Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka.Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu kakak yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah.Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu,sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu,Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

Karya Areila Sahimi

M.A.I.D

"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih...habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat,Noorul."

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan.Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban yang menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (Fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa-perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina-bekas kekasih Mr.F yang pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Karya Suri Ryana

Sabtu, 12 Mei 2012

Biarlah YM Berbicara...

Andai ada ingkar di hati,menepis wujud di sisi.
Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati...
aku rela jemari menjadi pengganti,menarikan irama indah cinta kita.
Biarkn saja YM yang terus berbicara...

ABANG KAMAL...Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku,terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalunkan irama indah di hati...

ENCIK FIRDAUZ... Memandang wajahmu, mengapa debat sering bertandang? Cintakah itu? Sesungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang  tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi..

CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat pada mu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sesungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernuh muncul di hati, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...

AKU...Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya,cinta,sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

Karya Hanni Ramsul