Isnin, 14 Mei 2012

Calon Jodoh Untuk Adik

Abang rekomen calon A,
Kak Ina suruh pilih calon B.
Disebabkan dua calon ini,Arissa pening.
Yang mana satu dia patut undi?

'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertenteng mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh kata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee.... Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka.Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu kakak yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah.Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu,sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu,Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

Karya Areila Sahimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan