Isnin, 14 Mei 2012

M.A.I.D

"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih...habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat,Noorul."

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan.Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban yang menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (Fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa-perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina-bekas kekasih Mr.F yang pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Karya Suri Ryana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan